TEMPAHAN E-BOOK TGHH

EBOOK ISTIMEWA SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia pencinta ilmu yang patuh pada arahan kerajaan untuk #dudukdirumah bagi #fightcovid19, Pustaka Permata Ummah dengan ini melancarkan Ebook khas karya Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Terdapat 5 Ebook istimewa buat pembaca iaitu :
1. Ebook Isra' Mi'raj
2. Ebook Covid 19
3. Ebook Ramadhan : Kedatangan yang Dinantikan
4. Ebook Ibrah Peristiwa Agung di Bulan
5. Ebook Inspirasi Nuzul Quran Panduan Kehidupan Sepanjang Zaman
6. Ebook Ramadhan : Kekasih yang Bakal Berlabuh Pergi
7. Ebook Nakbah Palestin
Perincian Ebook adalah seperti berikut :
EBOOK ISRA' MI'RAJ : KISAH PERJALANAN AGUNG
Ebook edisi terhad ini merupakan suatu kupasan terperinci berkenaan pengembaraan Nabi Muhammad SAW dalam Isra' dan Mi'raj. Ia bukan sahaja dikupas dengan menggunakan tafsiran para Ulama, bahkan diadun bersama pelbagai ilmu dan pengetahuan serta dikaitkan dengan realiti hari ini supaya manfaatnya segar dan dapat diambil berterusan oleh umat Islam.
EBOOK COVID-19 : PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH
Ebook edisi terhad ini merupakan suatu perbahasan menarik berkenaan COVID-19 dan perpektif yang perlu diperbetulkan bagi umat Islam. Penulis bukan sahaja membahaskan tentang keperluan merawat dan mencegah jangkitan wabak, bahkan perbahasan tentang konsep ujian sebagai seorang muslim juga dibahaskan bagi memastikan umat Islam dapat melalui keadaan getir ini dengan baik. Nikmatilah perbahasan ilmiah dan mendalam daripada penulisan ini untuk menjamin PKP yang penuh bermanfaat.
EBOOK RAMADHAN AL-MUBARAK : KEDATANGAN YANG DINANTIKAN
Ebook ini merupakan perbahasan tuan guru secara ringkas berkenaan Ramadhan bagi menghangatkan kecintaan kita kepada bulan mulia ini. Dalam ebook ini memuatkan tulisan tuan guru yang mencakupi tema yang pelbagai dalam Ramadhan. Ia bagi menambahkan kerinduan kita kepada bulan yang penuh dengan barakah dan ibrah. Bacaan yang baik bagi seluruh umat Islam bagi menghadapi Ramadhan dalam beberapa hari sahaja lagi.
EBOOK IBRAH PERISTIWA AGUNG DI BULAN RAMADHAN
Ebook ini merupakan himpunan perbahasan penulis tentang peristiwa besar yang berlaku di bulan Ramadhan yang dicatat dalam lipatan sejarah. Pelbagai peristiwa yang penting bahkan mempunyai pengajaran besar kepada umat Islam seperti Perang Badar al-Kubra, Fathu Makkah (Pembukaan Kota Makkah), Perang 'Ain Jalut dan sebagainya. Peristiwa-peristiwa ini digarap daripada al-Quran, al-Sunnah dan fakta sejarah untuk dijadikan ibrah buat generasi hari ini. Mudah-mudahan pembaca mendapat makna yang besar dalam meniti kisah-kisah agung di dalam bulan Ramadhan ini.
EBOOK INSPIRASI NUZUL QURAN PANDUAN KEHIDUPAN SEPANJANG ZAMAN
Ebook ini merupakan himpunan perbahasan penulis tentang tujuan penurunan Al-Quran dan menerangkan hak dan tuntutan Al-Quran terhadap manusia sebagai panduan dalam kehidupan.
EBOOK NAKBAH PALESTIN : EPISOD DUKA UMAT ISLAM
Ebook ini membahaskan tentang isu penjajahan Palestin dan cubaan Israel untuk merampas Baitul Maqdis. Penulis membahaskan secara mendasar tentang agenda Israel terhadap Baitul Maqdis dan juga keperluan umat Islam bangkit bersatu bagi mempertahankan kota suci itu. Ebook ini dilancarkan sempena memperingati 72 tahun peristiwa Nakbah. Sangat perlu dibaca oleh pencinta al-Quds, kiblat pertama umat Islam.
Kesemua Ebook ini dijual dengan harga serendah RM5 sahaja setiap unit, sebagai nilai pelaburan. Ia akan dihantar dalam tempoh 24 jam insyaAlllah selepas tempahan dibuat. Dapatkannya sekarang!
Nota : Penghantaran akan dibuat melalui emel sahaja. sila pastikan anda mengisi emel yang betul. Terima kasih.
Sebarang Persoalan : tekan sini